Tuesday, March 2, 2021

Bekas pembantu Rosmah nafi bersekongkol dengan pendakwaan

Other News

Rayuan saman fitnah NFCorp terhadap Nurul Izzah ditolak

Mahkamah memerintahkan NFCorp dan Mohamad Salleh membayar kos RM50,000.

Muhyiddin’s report card, one year on

In assessing Muhyiddin, one must take into account the twin crises that coincided with his premiership: the Covid-19 pandemic and the resulting economic fallout.

Kes baru Covid-19 kembali turun bawah 2,000

5 lagi kematian menjadikan jumlah 1,135 keseluruhannya.

New cases dip below 2,000

Five more deaths take toll to 1,135.

Pembunuhan pengasas Ambank, mahkamah kekal hukuman mati pesalah

Presiden Mahkamah Rayuan Rohana Yusuf turut mengekalkan hukuman penjara 18 tahun yang dijatuhkan ke atas Koong Swee Kwan.

Rizal Mansor menafikan di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau membuat perjanjian dengan pihak pendakwaan untuk memberi keterangan sebagai saksi utama terhadap bekas majikannya, Rosmah Mansor pada perbicaraan kes rasuah isteri bekas perdana menteri itu berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Bekas pegawai khas Rosmah itu juga tidak bersetuju dengan cadangan peguam tertuduh Jagjit Singh bahawa beliau membuat perjanjian dengan pihak pendakwaan atas pertimbangan bahawa empat pertuduhan terhadapnya akan digugurkan dan beliau akan dibebaskan daripada semua pertuduhan tersebut.

Jagjit: Sudah terang lagi bersuluh bahawa anda melakukan konspirasi jenayah dengan pihak pendakwaan serta membuat perjanjian dengan mereka untuk menjadi saksi utama yang memberi keterangan terhadap Rosmah, atas pertimbangan pendakwaan menarik balik keempat-empat pertuduhan yang dikenakan ke atas anda dan anda dibebaskan daripada kesemua pertuduhan.

Rizal: Tidak Yang Arif.

Saksi pendakwaan ke-21 itu memberi keterangan pada perbicaraan isteri bekas perdana menteri Najib Tun Razak yang berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Saidi Abang Samsudin.

Pada 8 Jan lepas, mahkamah melepas dan membebaskan Rizal, 46, daripada empat pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM5.5 juta bagi dirinya sendiri serta Rosmah berhubung projek solar hibrid itu selepas pendakwaan menarik balik kesemua pertuduhan terhadapnya.

Kepada soalan Jagjit mengenai pertuduhan yang dihadapinya sebelum ini, saksi itu yang diletak di bawah program perlindungan saksi berkata wang yang dinyatakan dalam pertuduhan adalah sumbangan politik.

“Empat pertuduhan terhadap anda ialah meminta dan menerima rasuah untuk diri sendiri dan anda masih mahu mahkamah percaya bahawa ia adalah sumbangan politik,” kata Jagjit dan saksi itu menjawab ya.

Soalan itu diajukan pihak pembelaan selepas Rizal sebelum ini menafikan semua pertuduhan terhadapnya apabila beliau minta dibicarakan namun telah mengaku meminta dan menerima wang tersebut dalam penyataan saksi.

Saksi itu turut disoal berkaitan gaji dan asetnya oleh Jagjit dan beliau mengaku memiliki beberapa buah kereta mewah seperti Audi, BMW dan Mercedez Benz serta sebuah rumah bernilai RM3.5 juta.

Jagjit: Dengan jawatan gred 48 sebagai pegawai khas, gaji anda kira-kira RM7,000 dan dengan gaji sebanyak itu, anda memiliki Audi, BMW, Mercedes Benz dan sebuah rumah bernilai RM3.5 juta.

Rizal: Setuju.

Jagjit: Semuanya dibeli dengan wang rasuah.

Saksi itu juga mengaku bahawa beliau ditaja Saidi dan rakan kongsi perniagaannya, Rayyan Radzwill Abdullah ketika beliau ke Makkah untuk menunaikan umrah pada 2016 dan 2017 namun menafikan bahawa beliau dibiayai sepenuhnya.

Jagjit: Saya katakan kepada anda, tak malukah kita nak pergi ke Tanah Suci kita guna wang rasuah tajaan orang lain.

Rizal: Tidak.

Jagjit: Anda ke sana menggunakan menggunakan wang rasuah?

Rizal: Itu adalah sumbangan politik.

Jagjit: Berdasarkan pengakuan anda, saya katakan anda adalah orang yang paling tidak jujur, keji dan hina dalam keseluruhan kes ini, anda korup dan anda yang paling teruk.

Rizal: Tidak.

Rosmah, 68, didakwa menerima suapan menerusi Rizal sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra di Kuala Lumpur; kediaman Rosmah di Jalan Langgak Duta, Taman Duta serta Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya antara Januari 2016 dan September 2017.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung esok.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Pengarah syarikat didakwa songlap RM603,000 wang syarikat

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin.

Perbicaraan kes rasuah RM6.35 juta bekas SU politik Mat Sabu pada 15 Mac

Azhar berdepan dengan lima pertuduhan menerima dan meminta suapan berjumlah RM6.35 juta daripada sebuah syarikat kontraktor.

Bicara kes pengubahan wang haram Rosmah bermula November

Peguam Geethan Ram Vincent yang mewakili Rosmah turut mengesahkan tarikh perbicaraan berkenaan.

Rosmah’s trial for money laundering, tax evasion to start in November

Her trial will begin after the High Court has heard her defence on the corruption case in relation to a solar hybrid project for rural schools in Sarawak.

Jabatan Peguam Negara bantah permohonan NGO cabar kerajaan hantar pulang pelarian Myanmar

Dua badan bukan kerajaan (NGO) mencabar keputusan kerajaan Malaysia untuk menghantar pulang 1,200 pelarian warganegara Myanmar ke negara asal.