Friday, September 24, 2021

PN, sekutu dijangka bertembung di 11 kerusi DUN Sabah

Other News

Berdasarkan kepada nama-nama calon yang diumumkan semalam, Perikatan Nasional (PN) dan rakan sekutunya Barisan Nasional (BN) dan PBS dijangka akan bertembung antara satu sama lain di sekurang-kurangnya 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Kerusi-kerusi terbabit adalah Bengkoka (Umno/PBS), Telupid (Umno/ PBS), Matunggong (PBS/PBRS), Kadamaian (PBS/PBRS), Tandek (PBS/PBRS), Tulid (PN/PBRS), Sook (PN/PBRS), Kapayan (MCA/PBS), Karamunting (MCA/PBS), Paginatan (Umno/PN) dan Tanjung Aru (Umno/PBS).

Secara keseluruhannya, PN yang terdiri daripada Bersatu, Star dan SAPP, akan bertanding 29 kerusi, PBS 15 kerusi, manakala BN yang terdiri daripada Umno, MCA dan PBRS pula 40 kerusi.

PRN Sabah mempunyai 73 kerusi untuk ditandingi dengan hari pencalonan ditetapkan pada Sabtu manakala hari mengundi pada 26 Sept.

PN, BN dan PBS, akan menggunakan simbol masing-masing pada PRN ini.

Sementara itu Warisan Plus yang terdiri daripada Warisan, DAP dan Amanah, akan bertanding di 54 kerusi dan Upko (14), menjadikan jumlah keseluruhan 68 kerusi. PKR masih belum mengumumkan kerusi yang akan mereka tandingi.

Warisan Plus, Upko dan PKR juga akan menggunakan logo masing-masing dalam PRN ini.

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles