- Iklan -
Berita

PKR akhirnya setuju tanding hanya 7 kerusi DUN Sabah

Bercakap kepada media ketika mengumumkan calon parti itu hari ini, Christina berkata dua daripada tujuh calon yang disenaraikan adalah muka baru iaitu bekas Presiden Majlis Perbandaran Tawau Alijus Sipil yang akan bertanding di DUN Tamparuli dan Peto Galim di DUN Inanam.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
PKR Sabah akhirnya bersetuju untuk hanya bertanding di 7 kerusi DUN berbanding 14 yang diminta sebelum ini. Gambar: Bernama
PKR Sabah akhirnya bersetuju untuk hanya bertanding di 7 kerusi DUN berbanding 14 yang diminta sebelum ini. Gambar: Bernama

PKR Sabah akan bertanding di tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan pengerusinya, Christina Liew akan mempertahankan kerusi Api-Api pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah hujung bulan ini.

Bercakap kepada media ketika mengumumkan calon parti itu hari ini, Christina berkata dua daripada tujuh calon yang disenaraikan adalah muka baru iaitu bekas Presiden Majlis Perbandaran Tawau Alijus Sipil yang akan bertanding di DUN Tamparuli dan Peto Galim di DUN Inanam.

“Empat lagi calon lain yang akan bertanding di DUN Klias, Tampasuk, Matunggong dan Sook adalah pemimpin senior dalam PKR Sabah dan mereka pernah bertanding di kerusi berkenaan semasa pilihan raya lepas,” katanya di Kota Kinabalu, hari ini.

Christina berkata pemilihan calon berkenaan dilakukan melalui beberapa proses termasuk memilih calon yang boleh menang dan dikenali rakyat di kawasan masing-masing.

“Calon yang dipilih perlu bekerja keras dan saya harap calon yang tidak dipilih membantu dan bekerjasama untuk pastikan calon bertanding menang.

“Selepas ini saya akan berjumpa dengan seluruh cabang PKR di Sabah untuk memastikan mereka sama-sama bekerja membantu calon daripada parti sekutu kita iaitu Warisan, DAP dan Upko,” katanya.