Monday, March 1, 2021

Kerajaan kaji punca, penyelesaian jangka panjang banjir kilat KL

Other News

‘Jangan potong barisan’, kata Khairy

Kes potong barisan masih berlaku walaupun tarikh dan masa tertentu sudah ditetapkan kerajaan.

Hala tuju kerajaan jelas untuk pulihkan ekonomi, kata menteri

Ka Siong berkata hala tuju perdana menteri itu perlu dilaksanakan dengan segera.

Get back in line, Khairy warns after cases of politicians cutting vaccine queue

He says his ministry will recommend that the health ministry slap compounds on those who flout the rules.

Pengarah syarikat didakwa songlap RM603,000 wang syarikat

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin.

Terlibat Macau Scam, 31 polis bakal dihukum

Mereka dirujuk ke pihak Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) untuk tindakan seterusnya.

Kementerian Wilayah Persekutuan akan mengkaji punca berlakunya banjir kilat di ibu negara petang semalam, serta mencari penyelesaian jangka panjang bagi mengelakkan kejadian itu daripada berulang.

Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa berkata, beliau akan meminta laporan daripada Jabatan Perairan dan Saliran (JPS) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkaitan keupayaan sistem pengairan dan mitigasi sedia ada.

Beliau berkata perlu dilihat juga, sama ada wang berbillion yang dibelanjakan untuk membina sistem mitigasi dan Terowong Smart dan sebagainya berfungsi dengan baik, atau ia belum mencukupi dan sama ada kawalan pembangunan yang lebih teliti diperlukan.

Annuar berkata beliau juga tidak menolak kemungkinan banjir kilat yang disifatkan antara terburuk dan luar biasa itu, berpunca daripada pembangunan yang sedang dijalankan di beberapa lokasi.

“Saya nak lihat adakah aliran air yang banyak itu ada kaitan dengan kawasan yang sedang dibangunkan, kajian perlu dibuat untuk membolehkan DBKL melihat pelaksanaan pelan jangka panjang,” katanya menerusi siaran langsung di Facebooknya ketika mengadakan lawatan di pusat pemindahan banjir kilat di Kuala Lumpur, malam tadi.

Annuar berkata jumlah taburan hujan yang lebih daripada biasa dan tidak berpadanan dengan sistem saliran sedia ada, juga dilihat menjadi punca kepada kejadian itu.

Hujan lebat yang bermula pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari semalam mengakibatkan lima kawasan di sekitar ibu negara dilanda banjir kilat iaitu di Lebuh Ampang di pusat bandar, Jalan Raja Alang (Kampung Baru), Lorong Air Leleh (Setapak) dan Jalan Gurney serta Jalan San Ah Wing (Semarak).

Banjir kilat itu menyebabkan air naik setinggi satu hingga tiga meter di kawasan terjejas.

Seramai 15 mangsa yang terperangkap akibat banjir di Jalan Gurney dan Kampung Periuk di Jalan Raja Alang, diselamatkan oleh pihak bomba.

 

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Tiada perarakan Thaipusam, hanya petugas dibenarkan bawa patung

Annuar menjelaskan hanya pergerakan dengan garis panduan yang ketat dibenarkan.

It’s not a procession, govt clarifies on allowing Thaipusam ritual

Permission for Lord Murugan's chariot to be brought to the Batu Caves temple is subject to several conditions including a limit on the number of people involved as authorities seek to deter crowds from gathering.

Ahli Parlimen Umno selar Ahmad Maslan kerana tak faham Perlembagaan

Annuar Musa menjawab surat Ahmad Maslan yang menggesa ahli-ahli Parlimen Umno mendesak sidang Parlimen semasa darurat.

Umno MP calls out party sec-gen over ignorance on constitution

Annuar Musa responds to Ahmad Maslan's letter urging MPs to press for a parliamentary sitting during the emergency.

Di sebalik kebangkitan Pemuda, Annuar Musa gesa Zahid pimpin Umno hingga hujung penggal

Tempoh penggal Zahid sebagai presiden Umno berakhir pada 2021.