Friday, February 26, 2021

Warisan Plus guna 3 logo untuk PRN Sabah

Other News

Projek lebuh raya kontroversi diteruskan walaupun bantahan meningkat?

Pengkritik mengatakan projek PJD Link hampir menyerupai pojek Kidex yang dibatalkan kerana bantahan kuat pada 2015.

Controversial highway project set to go ahead despite growing protests?

Critics say the PJD Link is almost identitcal to the Kidex project cancelled amid strong opposition in 2015.

March 15 hearing for Mat Sabu’s ex-aide

The prosecution is expected to call 37 witnesses.

Perbicaraan kes rasuah RM6.35 juta bekas SU politik Mat Sabu pada 15 Mac

Azhar berdepan dengan lima pertuduhan menerima dan meminta suapan berjumlah RM6.35 juta daripada sebuah syarikat kontraktor.

Upacara perkahwinan bukan Islam dibenar di kawasan PKP, PKPB, PKPP

Keputusan itu dibuat kerajaan bagi membolehkan upacara perkahwinan bukan Islam yang tertangguh semasa tempoh PKP 2.0 dapat dilaksanakan.

Warisan Plus akan menggunakan tiga logo semasa bertanding pada pilihan raya negeri Sabah bulan ini, kata Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal hari ini.

Beliau berkata tiga logo tersebut ialah Warisan, Upko dan PKR.

Logo Warisan akan digunakan Warisan sendiri, DAP dan Amanah manakala calon-calon Upko dan PKR akan mengunakan logo masing-masing, kata beliau ketika mengumumkan perkara demikian di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di Kota Kinabalu.

Shafie berkata setakat ini Warisan, DAP, Upko dan Amanah akan bertanding di 66 kerusi manakala selebihnya akan ditandingi PKR yang akan membuat pengumuman mengenai perkara itu kemudian.

Warisan mendapat 46 kerusi, Upko (12 kerusi), DAP (tujuh kerusi),  PKR (tujuh kerusi) dan Amanah (satu kerusi), menyaksikan mereka bertanding di kesemua 73 kerusi DUN Sabah.

Shafie yang juga ketua menteri akan mempertahankan kerusi DUN Senallang.

Dua orang bekas menteri pusat adalah antara 66 calon tersebut dan mereka ialah bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri Darell Leiking dan bekas menteri pelancongan Mohamaddin Ketapi.

Kedua-dua mereka akan bertanding di bawah tiket Warisan dengan Darell yang juga ahli Parlimen Penampang akan beradu di kerusi Moyog yang terletak dalam Parlimen Penampang manakala Mohamaddin di kerusi baru Segama.

Majlis itu turut dihadiri Pengerusi PKR Sabah Christina Liew, Pengerusi DAP Sabah Frankie Poon, Pengerusi Upko Madius Tangau dan Pengerusi Amanah Sabah Lahirul Latigu.

Shafie dalam ucapannya berkata adalah penting kepada gabungan itu meletakkan calon yang boleh bekerja dan menang untuk rakyat serta membentuk pasukan yang besar untuk kekal mentadbir negeri ini.

“Sabah ini perlu kita pertahankan. Kita perlu berkhidmat kepada rakyat. PRN ini amat mencabar, cabarannya bukan hanya dari luar sahaja.

“Orang pilih kita bukan pasal duit, tapi boleh ubah jauh lebih baik. Saya terapkan nilai-nilai tinggi untuk ubah masyarakat. Kerana itu amat penting kita letak calon yang tepat,” kata Shafie diikuti dengan tepukan gemuruh.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Sept sebagai hari mengundi manakala penamaan calon Sabtu ini.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Ketika GPS berada di puncak, tiada tanda-tanda pembangkang akan bergabung

Pembangkang masih dilihat gagal mencapai kata sepakat dalam pembahagian kerusi yang ingin ditandingi pada pilihan raya akan datang.

Ahli Parlimen PH dalam jawatankuasa khas darurat tetap mahukan sidang Parlimen

Mereka berkata sidang Dewan Rakyat sangat penting untuk memastikan segala agenda dan langkah-langkah untuk membendung Covid-19 dapat dibahaskan.

Sumbangan ayam daripada Anwar timbulkan rasa tak puas hati penyandang kerusi PKR?

Sumbangan ayam daripada Anwar itu turut menerima kritikan termasuk cakap-cakap Afdlin Shauki sebagai calon Wangsa Maju.

‘Paltry’ donation from Anwar ruffles feathers in KL seat held by PKR incumbent?

Criticism has arisen over the value of the donation as well as talk of support for actor Afdlin Shauki as the candidate for Wangsa Maju.

DAP, PKR derma RM80,000 kepada Malaysiakini

Portal Malaysiakini didenda RM500,000 oleh Mahkamah Persekutuan hari ini selepas didapati bersalah kerana menghina mahkamah.