Friday, February 26, 2021

465 kes bunuh diri dari Jan-Jun, kata menteri

Other News

Projek lebuh raya kontroversi diteruskan walaupun bantahan meningkat?

Pengkritik mengatakan projek PJD Link hampir menyerupai pojek Kidex yang dibatalkan kerana bantahan kuat pada 2015.

Controversial highway project set to go ahead despite growing protests?

Critics say the PJD Link is almost identitcal to the Kidex project cancelled amid strong opposition in 2015.

March 15 hearing for Mat Sabu’s ex-aide

The prosecution is expected to call 37 witnesses.

Perbicaraan kes rasuah RM6.35 juta bekas SU politik Mat Sabu pada 15 Mac

Azhar berdepan dengan lima pertuduhan menerima dan meminta suapan berjumlah RM6.35 juta daripada sebuah syarikat kontraktor.

Upacara perkahwinan bukan Islam dibenar di kawasan PKP, PKPB, PKPP

Keputusan itu dibuat kerajaan bagi membolehkan upacara perkahwinan bukan Islam yang tertangguh semasa tempoh PKP 2.0 dapat dilaksanakan.

Sejumlah 465 kes cubaan bunuh diri dirujuk kepada Kementerian Kesihatan (KKM) bagi tempoh dari Januari hingga Jun tahun ini, berbanding 675 dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkata KKM mewujudkan Talian Sokongan Psikososial sejak 25 Mac lepas dengan kerjasama Mercy Malaysia bagi membantu menangani isu berkenaan, dan agensi-agensi kerajaan lain seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat turut mewujudkan talian bantuan masing-masing.

Beliau berkata secara keseluruhannya sejak 25 Mac hingga hujung Ogos lepas 11,791 panggilan diterima talian-talian ini, dan setiap pemanggil mempunyai purata tiga isu, dengan 50 peratus isu yang dirujuk memerlukan sokongan emosi serta kaunseling seperti stres, risau dan putus harapan.

Katanya ia berpunca daripada faktor-faktor seperti hilang pekerjaan, tiada sumber pendapatan, masalah hubungan interpersonal, isolasi dan pengurangan akses kepada perkhidmatan bantuan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan The Orchid Clubhouse MIASA sempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia 2020 di Petaling Jaya hari ini,

Dr Adham berkata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan lebih 800,000 orang membunuh diri setiap tahun dengan purata satu kejadian bunuh diri setiap 40 saat.

Menurutnya secara global, kejadian bunuh diri adalah antara 20 penyebab utama kematian bagi semua peringkat umur, dan satu daripada tiga penyebab utama kematian dalam kalangan umur 15 hingga 44 tahun.

Sementara itu, Dr Adham berkata tema hari pencegahan bunuh diri pada tahun ini iaitu “Let’s TALK Minda Sihat: Kesihatan Mental Milik Semua, Bersama Cegah Bunuh Diri” bertepatan dengan situasi pandemik Covid-19 yang mempunyai impak signifikan terhadap kesihatan mental.

Beliau berkata selain daripada kempen dan promosi, KKM juga menyediakan perkhidmatan mental termasuk di 1,001 klinik kesihatan mental seluruh negara, empat institusi mental, 66 hospital kerajaan dan 28 Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (Mentari).

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Maximum RM10,000 fine for SOP offenders beginning March 11

Companies or corporations that violate the SOPs can be fined up to RM50,000.

China approves 2 more home-grown Covid-19 vaccines for use

China is exporting vaccines to 27 countries and providing free doses to 53 others, a foreign ministry spokesman says.

US approves Pfizer vaccine storage at normal freezer temperature

The move loosens a previous requirement that the vaccine should be stored at ultra-low temperatures, between -80 to -60 degrees Celsius.

It’s not just about patent rights, expert says on ways to make Covid jabs cheaper

India's Serum Institute offers a good example of overcoming the problem of vaccine exclusivity during the current health emergency.

Tidak perlu surat polis rentas negeri hantar anak ke asrama

Ibu bapa hanya perlu menunjukkan surat yang dikeluarkan pihak sekolah semasa melalui sekatan jalan raya.