Monday, October 26, 2020

45 kes baru hari ini, kata KP Kesihatan

Other News

Jangan kata Agong tak adil

Bukan sahaja cadangan ketua pembangkang ditolak, hatta cadangan perdana menteri pun ditolak.

PM thanks Agong for confidence in govt’s handling of Covid-19

Muhyiddin Yassin says his Cabinet's priority is to fight the pandemic.

PM ucap terima kasih di atas kepercayaan Agong

Agong percaya Muhyiddin mampu menguruskan negara walaupun dalam keadaan pandemik Covid-19.

Berikan saya kebebasan, dan juga kematian?

Titah Agong hari ini merupakan perkara terbaik daripada pelaksanaan darurat untuk menghentikan gangguan daripada ahli politik kita

Give me liberty, and death too?

Today's royal command is the next best thing to a state of emergency to stop our disruptive politicians.

Sebanyak  45 kes baru Covid-19 dilaporkan di negara ini hari ini, membabitkan 44 kes penularan tempatan dan satu kes import melibatkan warganegara yang pulang dari Brazil, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata daripada 44 kes penularan dalam negara itu, 40 adalah daripada Kluster Benteng LD, Sabah yang melibatkan 33 bukan warganegara dan tujuh rakyat tempatan.

Baki empat kes  lagi direkodkan di Kedah iaitu dua kes daripada Kluster Telaga dan masing-masing satu kes daripada Kluster Telaga dan saringan bergejala di Klinik Kesihatan Simpang Kuala dengan kesemuanya melibatkan rakyat tempatan, katanya.

“Sementara itu, sebanyak 24 kes pulih hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sebanyak 9,167,” katanya pada sidang media perkembangan Covid-19 hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata ketika ini terdapat  sembilan kes positif Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan lima pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Tiada kes kematian baru dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif  kekal 128 kes.

Mengenai kluster Benteng LD yang melibatkan dua daerah di Sabah, Dr Noor Hisham berkata seramai  1,909 individu disaring di Tawau dengan 83 daripadanya dikesan positif setakat ini, manakala 770 individu disaring di Lahad Datu dengan 87 kes dikesan positif.

Mengenai kluster Sungai, seramai 1,456 orang disaring di Kedah dengan 39 dikesan positif, manakala tujuh individu disaring di Perlis dengan satu kes positif, sementara bagi kluster Telaga pula, seramai 4,626 individu disaring di Kedah dengan 13 dikesan positif.

Tentang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di Daerah Kota Setar, Kedah, beliau berkata langkah itu  susulan peningkatan ketara kes dalam Kluster Sungai dan Kluster Telaga yang berlaku di kawasan tersebut.

“Pelaksanaan PKPD secara pentadbiran di Amanjaya pula dilanjutkan hingga 13 Sept 2020 bagi memastikan saringan ke atas penduduk di kawasan tersebut dapat dilaksanakan secara menyeluruh.

“Kementerian Kesihatan (KKM) juga mengambil maklum keputusan pelaksanaan tindakan yang sama di kawasan penjara dan kuarters penjara di Tawau, Sabah. Keputusan wajar dan tindakan bersepadu pelbagai agensi ini akan membantu pihak KKM untuk terus menjalankan kawalan kesihatan awam di ketiga-tiga kawasan,” katanya.

Pada sidang media itu, Dr Noor Hisham berkata seramai 119,268 pengembara memasuki Malaysia sejak 3 April hingga semalam.

Daripada jumlah itu, sebanyak 995 disahkan positif Covid-19, iaitu 742 kes dikesan semasa saringan ketibaan dan 253 kes dikesan daripada saringan kedua pada hari ke-13.

“Susulan kenaikan kes import Covid-19 di Malaysia, KKM membangunkan matriks penilaian risiko ke atas negara-negara di dunia bagi mengukur risiko pengimportan jangkitan Covid-19 ke Malaysia.

“Ini adalah penting dalam membuat keputusan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kawalan sempadan antarabangsa … hasil penilaian ke atas semua 23 buah negara yang telah dikenakan sekatan perjalanan ke Malaysia didapati mempunyai risiko tinggi membawa masuk jangkitan COVID-19 ke dalam negara kita,” katanya.

Katanya kriteria penilaian risiko pengimportan jangkitan Covid-19 adalah berdasarkan Scoring Board: Sistem Merit yang dibangunkan KKM dengan menguna pakai sumber data daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Eropah dan Our World in Data.

 

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

823 kes baru Covid-19, 8 kematian dilaporkan

Sabah masih kekal sebagai negeri kes Covid-19 tertinggi.

823 new cases, 8 more deaths

Death toll from Covid-19 rises to 229.

Individu dengan surat majikan perlu dilepaskan di sekatan, kata menteri

Polis tidak seharusnya mengarahkan mereka yang mempunyai salah satu dokumen itu untuk berpatah balik.

1,228 kes baru Covid-19, 7 kematian dilaporkan

Jumlah kes baru tertinggi yang pernah dicatatkan dalam satu hari.

Cases soar to new high of 1,228

The health ministry also announced another seven deaths today.