Thursday, July 29, 2021

Bersatu nafi 70% ahli sertai Pejuang

Other News

Bersatu menyangkal dakwaan 70% ahlinya keluar daripada parti itu untuk menyertai Pejuang.

Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin berkata sehingga semalam, beliau dimaklumkan hanya 247 ahli parti itu yang keluar parti.

Malah, Hamzah berkata parti itu menyasarkan keahliannya meningkat kepada satu juta menjelang hujung tahun ini.

“Daripada parti (jumlahnya) sangat kecil.

“Seramai 46,000 keahlian kita pada 2017, kemudian naik sikit kepada 54,000 dan hari ini, ahli yang didaftarkan sudah lebih 500,000 di seluruh negara,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan ulang tahun keempat Bersatu di Kuala Lumpur, malam tadi.

Majlis itu disempurnakan perdana menteri yang juga Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.

Bakal presiden Pejuang yang juga bekas timbalan presiden Bersatu Mukhriz Mahathir sebelum ini dilapor berkata kira-kira 70% ahli Bersatu meninggalkan parti itu dan bersedia menyertai Pejuang yang ditubuhkan bekas pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad.

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles