Friday, June 18, 2021

118 individu langgar PKPP dicekup di kelab malam

Other News

Tindakan 118 individu yang leka berhibur di kelab malam dan pub membawa padah, apabila ditahan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), semalam.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, tangkapan itu merupakan jumlah tertinggi daripada 221 individu yang ditahan semalam, kerana ingkar PKPP.

“Daripada keseluruhan jumlah tangkapan itu, 212 individu dikompaun, lapan direman dan seorang individu dijamin,” katanya dalam kenyataan berhubung perkembangan PKPP di Kuala Lumpur hari ini.

Antara kesalahan lain termasuk gagal menyediakan peralatan/merekod butiran pelanggan (34), tidak mematuhi penjarakan fizikal (43), tidak memakai pelitup muka (18), gagal mematuhi perintah kuarantin (1), premis beroperasi lebih masa (5), serta tangkapan terhadap pendatang tanpa izin (2).

Sementara itu, Ismail Sabri berkata sebanyak 24 tangkapan melibatkan 61 pendatang tanpa izin dan lima tekong, berjaya dilakukan melalui Operasi Benteng semalam.

Beliau berkata, di bandar Penawar, Johor, pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menahan 26 pendatang tanpa izin, manakala di Bukit Kayu Hitam, Kedah, 12 migran ditahan, kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Polis Diraja Malaysia melalui Sekatan Jalan Raya Ops Benteng pula, telah memeriksa 24,972 kenderaan dan berjaya melakukan 11 tangkapan,” katanya.

Memperincikan mengenai kepulangan rakyat Malaysia ke negara ini Ismail Sabri berkata, sejak 24 Julai sehingga semalam, 25,688 individu pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.

Beliau berkata, kesemua mereka yang pulang dari 32 negara ditempatkan di 70 hotel dan lapan Institut Latihan Awam (ILA), serta institusi pengajian tinggi swasta seluruh negara.

Kerajaan sejak 30 Mac juga, katanya melakukan 9,883 operasi sanitasi awam merangkumi 134 zon di seluruh negara.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles