- Iklan -
Berita

Polis nafi adakan sekatan perjalanan di Tawau, Lahad Datu

Pesuruhjaya Polis Sabah Hazani Ghazali berkata perkara itu tidak betul dan pihaknya belum menerima arahan berhubung sekatan perjalanan di kedua-dua daerah tersebut.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Tiga anggota polis ditahan di Alor Setar, Kedah kerana rasuah berkaitan dadah. Gambar: Facebook
Tiga anggota polis ditahan di Alor Setar, Kedah kerana rasuah berkaitan dadah. Gambar: Facebook

Polis menafikan pelaksanaan sekatan perjalanan masuk dan keluar bagi daerah Tawau serta Lahad Datu berkuat kuasa serta-merta selepas kes COVID-19 disahkan di daerah itu seperti yang tular di media sosial sejak pagi tadi.

Pesuruhjaya Polis Sabah Hazani Ghazali berkata perkara itu tidak betul dan pihaknya belum menerima arahan berhubung sekatan perjalanan di kedua-dua daerah tersebut.

“Belum lagi, akan diputuskan dalam mesyuarat pagi ini bersama Ketua Menteri Sabah (Mohd Shafie Apdal),” katanya ketika dihubungi, di Tawau, hari ini

Maklumat itu mendakwa berdasarkan statistik kes jangkitan COVID-19 terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), berkuat kuasa serta-merta, warga kerja tidak dibenarkan membuat perjalanan perniagaan atau perjalanan bukan perniagaan masuk dan keluar daerah Lahad Datu dan Tawau.

Tambah maklumat itu, sebarang perubahan akan dimaklumkan kelak.