Friday, November 27, 2020

PAS mahu tanding 10 kerusi DUN Sabah

Other News

Dr M attacks opposition bloc after PH MPs shy away from budget vote

The former leader was among 13 who had stood up to call for a bloc vote.

Dr Mahathir selar ahli Parlimen PH kerana sokong Belanjawan 2021

Beliau dan empat ahli Parlimen Pejuang tetap dengan pendirian untuk menolak Belanjawan 2021.

Anwar gave last-minute memo to PH MPs after Najib backed out of budget threat

The word-of-mouth message however did not reach Amanah MPs, most of whom stood up to call for a bloc vote.

Selepas Najib tarik diri, Anwar arah ahli Parlimen PH sokong Belanjawan 2021

Mesej mulut ke mulut itu tidak sampai kepada ahli Parlimen Amanah yang majoritinya bangun menuntut undi belah bahagi.

935 kes baru Covid-19, 2,555 pulih, 3 lagi kematian dilaporkan

Angka keseluruhan Covid-19 kini berjumlah 60,752 kes.

PAS berhasrat bertanding di 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, hujung bulan ini, kata Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan.

Beliau bagaimanapun berkata perincian kawasan DUN yang bakal ditandingi parti itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Sekitar 10 kerusi kita angkat (kemuka) untuk bertanding, termasuk calon Muslimat PAS dan PAS biasanya bertanding di kerusi tradisi misalnya di Tawau dan Kalabakan,” katanya kepada pemberita selepas majlis makan malam perdana anjuran Badan Perhubungan PAS Sabah di Tawau, malam tadi.

Takiyuddin yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) berkata isu pembahagian kerusi dalam kalangan parti gabungan Perikatan Nasional (PN), masih lagi dibincangkan dalam semangat muafakat parti gabungan itu.

PN menggabungkan parti Bersatu, Barisan Nasional (BN), PAS, STAR, SAPP, PBRS dan PBS.

“Kita tidak mahu berlakunya pertandingan tiga penjuru atau lebih yang terbukti merugikan kita sebelum ini. Jadi kita bertanding bersama-sama dalam kerjasama yang erat antara PN dan rakan sekutu di Sabah,” katanya.

Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata, semua parti mengemukakan senarai kerusi yang diharap dapat ditandingi dan proses rundingan jawatankuasa di peringkat parti di Sabah serta Persekutuan masih berlangsung.

Sebanyak 73 kerusi DUN Sabah akan dipertandingkan dalam PRN kali ini, berbanding 60 kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-14, selepas Dewan Rakyat meluluskan usul tambahan 13 kerusi DUN Sabah, Julai lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan 26 Sept ini sebagai tarikh PRN Sabah dan 12 Sept sebagai hari penamaan calon, manakala hari mengundi awal pada 22 Sept.

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Kerajaan Muhyiddin selamat, Belanjawan 2021 lulus di peringkat dasar

Belanjawan 2021 akan dibahaskan di peringkat jawatankuasa pada Isnin 30 November.

Kerajaan belum sedia bentang RUU 355 di Dewan Rakyat 

Kerajaan sedang melaksanakan beberapa proses penting yang perlu dikaji teliti dan dilaksanakan terlebih dahulu.

Tiada penghujung: Khabar angin bertuip kencang menjelang undi belanjawan

Pelbagai khabar angin dan spekulasi bertaburan menjelang undi Belanjawan 2021 petang ini.

Ahli Parlimen pembangkang diberi amaran tidak sertai pemberontak Umno jatuhkan kerajaan

Peguam kanan mengatakan ia adalah perbuatan tidak bertanggungjawab bagi menjatuhkan kerajaan kerana tiada seorangpun pemimpin pembangkang memiliki sokongan yang cukup daripada ahli Parlimen.