Wednesday, March 3, 2021

Bekalan air pulih di 89% kawasan terjejas

Other News

Churchill mosque painting sold by Angelina Jolie smashes record

The painting of a Marrakech mosque at sunset is a piece of both political and Hollywood history.

Over half of Malaysians struggling to meet expenses with current income, survey shows

A similar number say they are dipping into their savings to make ends meet.

1,555 kes baru Covid-19 dikesan hari ini

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 25,542.

Hospital swasta sedia peroleh vaksin dari sumber lain

Hospital swasta boleh digerakkan untuk melengkapkan usaha kerajaan dalam memastikan majoriti penduduk mendapat vaksin.

New cases inch lower to 1,555

2,528 recoveries, six more deaths.

Bekalan air di 1,156 kawasan atau 89.47 peratus daripada 1,292 kawasan terlibat gangguan bekalan air tidak berjadual melibatkan tujuh wilayah sekitar Lembah Klang pulih sepenuhnya setakat 6.30 pagi ini.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata baki 136 kawasan masih dalam proses pemulihan.

Katanya, bekalan air di Petaling mencatatkan peratusan pemulihan sebanyak 95.72%; Gombak (94.89%); Kuala Lumpur (85.02%); Klang/Shah Alam (59.32%) manakala Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor masing-masing mencatatkan peratusan pemulihan sepenuhnya (100%).

“Sebanyak lapan kawasan masih belum pulih sepenuhnya walaupun tersenarai di dalam kawasan (Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak dan Kuala Lumpur) yang sepatut pulih sepenuhnya pada 12 tengah malam, 7 Sept manakala, 54 kawasan terjejas juga masih belum mendapat bekalan air yang sepatutnya pada 12 tengah malam, 8 Sept.

“Para pengguna dinasihatkan supaya tidak menyimpan dan menggunakan air berlebihan bagi memastikan proses pemulihan bagi kawasan yang masih terjejas berjalan lancar dan mengikut jadual pelan pemulihan Air Selangor,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, pagi ini.

Beliau berkata Air Selangor sedang berusaha menstabilkan sistem agihan bagi memulihkan kawasan terlibat.

Gangguan bekalan air sekitar Lembah Klang bermula 3 Sept lepas apabila Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3, dan Rantau Panjang dihenti tugas akibat pencemaran sumber air mentah.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Peniaga bergerak jual ikan segar harga murah kepada golongan memerlukan

Golongan B40 di Lembah Klang boleh membeli ikan pada harga murah dengan Kiki Fish Market.

Banjir di Pahang, Terengganu, Kelantan bertambah buruk

Sementara banjir di Perak, Selangor dan Johor bertambah baik.

Mangsa banjir di Perak, Pahang Terengganu, Selangor terus meningkat

Bagi negeri Johor dan Kelantan mencatatkan sedikit penurunan.

5 projek infrastruktur bekalan air luar bandar siap dibina di Sarawak

Sebanyak 15 projek keseluruhan bina infrastruktur air luar bandar dan 5 masih dalam pembinaan.

RM216.7 juta bagi 15 projek pembangunan di luar bandar Sabah dan Sarawak, kata menteri

40% daripada jumlah keseluruhan peruntukan sudah dibelanjakan untuk kemudahan air, elektrik.