- Iklan -
Berita

Zahid beri jaminan Umno tidak akan masuk Sarawak

Pengerusi Barisan Nasional yang juga Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi berkata Umno tidak pernah berhasrat untuk masuk ke Sarawak.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Former deputy prime minister Ahmad Zahid Hamidi. Photo: Bernama
Former deputy prime minister Ahmad Zahid Hamidi. Photo: Bernama

Pengerusi Barisan Nasional yang juga Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi berkata Umno tidak pernah berhasrat untuk masuk ke Sarawak.

Tegas Ahmad Zahid melalui ciapan Twitternya ia adalah keputusan muktamad.

“Umno yakin dengan PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu), sementelahan GPS (Gabungan Parti Sarawak) telah dibentuk untuk merangkumkan ketiga-tiga parti lain yang dahulunya dalam BN (Barisan Nasional).

“Umno doakan agar GPS akan terus membentuk kerajaan negeri bila PRN (Pilihan Raya Negeri) diadakan kelak,” ciapannya.

Sarawak kini diketuai oleh Presiden PBB yang juga Pengerusi GPS, Abang Johari Abang Openg yang mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sarawak pada 13 Januari 2017 bagi menggantikan Adenan Satem yang meninggal dunia akibat komplikasi jantung pada 11 Januari tahun yang sama.

Sebagai rekod, GPS yang kini menjadi sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan merupakan bekas parti komponen BN yang terdiri daripada empat parti politik tempatan iaitu PBB, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

PRN Sarawak ke-11 diadakan pada 7 Mei 2016 lalu dan tempoh akhir untuk mengadakan PRN berikutnya ialah pada Julai 2021.