- Iklan -
Berita

Gangguan bekalan air sekurang-kurangnya 4 hari, kata Air Selangor

Hampir 1.2 juta pengguna di Lembah Klang akan mengalami gangguan bekalan air sekurang-kurangnya selama empat hari disebabkan pencemaran yang memaksa penutupan empat loji rawatan air di Selangor. Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor Suhaimi Kamaralzaman berkata tahap pencemaran loji sepatutnya berada pada had bau (TON) 0 sebelum ia selamat untuk digunakan. “Tahap pencemaran air sekarang berada […]

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
About 300 areas in the Klang Valley still have no water supply. Photo: Bernama
About 300 areas in the Klang Valley still have no water supply. Photo: Bernama

Hampir 1.2 juta pengguna di Lembah Klang akan mengalami gangguan bekalan air sekurang-kurangnya selama empat hari disebabkan pencemaran yang memaksa penutupan empat loji rawatan air di Selangor.

Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor Suhaimi Kamaralzaman berkata tahap pencemaran loji sepatutnya berada pada had bau (TON) 0 sebelum ia selamat untuk digunakan.

“Tahap pencemaran air sekarang berada pada tahap 1 TON, yang mana masih tidak selamat,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

“Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang dan Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 belum dapat beroperasi jika bacaan 0 TON diperoleh tiga kali berturut-turut. Ujian bacaan tiga kali ini dibuat setiap 30 minit.

LRA Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang yang dihenti tugas sejak pagi semalam akibat pencemaran sumber air mentah masih belum beroperasi setakat 6.30 pagi ini.

Sebanyak 1,292 kawasan di tujuh wilayah sekitar Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula semalam.

Tujuh wilayah berkenaan ialah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

Maklumat gangguan bekalan air tidak berjadual akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram, aplikasi Air Selangor dan laman sesawang di www.airselangor.com.