Saturday, November 28, 2020

48 individu ditahan ingkar PKPP

Other News

1,315 kes baru Covid-19, 1,110 pulih, 4 lagi kematian dilaporkan

Sebanyak 11,508 kes aktif direkodkan.

1,315 new cases, 476 in Sabah

Four more deaths take virus toll to 354.

Peruntukan “durian runtuh” Jasa dicantas separuh selepas nama, imej ditukar

Pengumuman pengurangan itu dijangka diumumkan ketika ucapan penggulungan peringkat jawatankuasa minggu depan.

With new name and image, Jasa’s ‘windfall’ budget to be halved

The RM85.5 million allocation, which came under criticism following its announcement on Nov 6, could be cut down by RM40 million, sources say.

Pengusaha tadika terjejas ‘terkapai-kapai’ tanpa bantuan

Pengusaha luah kekesalan kerana tidak diberikan bantuan kerajaan walaupun terjejas teruk sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Seramai 48 individu ditahan kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengetuai Pasukan Petugas Operasi Pematuhan PKPP mengeluarkan kompaun terhadap 47 daripada individu berkenaan manakala seorang lagi dijamin.

Katanya, tidak memakai pelitup muka dilaporkan sebagai kesalahan tertinggi melibatkan 17 individu diikuti premis beroperasi lebih masa membabitkan 13 orang.

“Kesalahan lain termasuk gagal menyediakan peralatan dan catatan keluar masuk melibatkan 12 individu, melanggar perintah kuarantin (seorang) dan aktiviti dengan melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal (lima),” katanya dalam kenyataan berhubung PKPP hari ini.

Mengenai Operasi Benteng, beliau berkata PDRM berjaya melakukan 28 tangkapan semalam melibatkan 83 pendatang asing tanpa izin serta masing-masing seorang tekong dan penyeludup, selain sebuah bot dan lima kenderaan darat turut dirampas.

“Sebanyak 79 sekatan jalan raya dilaksanakan semalam yang melibatkan PDRM (65), Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (10) dan Angkatan Tentera Malaysia (empat). Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram,”  katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata sejak 24 Julai lepas sehingga semalam seramai 22,252 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan ditempatkan di 70 hotel serta empat Institut Latihan Awam (ILA).

Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 8,985 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib manakala 66 individu dihantar ke hospital untuk rawatan dan 13,201 individu lagi telah didiscaj dan dibenarkan pulang.

Katanya mereka pulang dari 32 negara iaitu Filipina, Thailand, Indonesia, Kemboja, Singapura, Vietnam, Brunei, Qatar, Pakistan, Arab Saudi, Hong Kong, India, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jepun, Turki, Korea Selatan, Iran, Nepal, Bangladesh, Myanmar, Timor Leste, Taiwan, China, United Kingdom, Belanda, Papua New Guinea, Mesir, Sepanyol, Perancis, Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat.

Dalam pada itu, beliau berkata pemeriksaan yang dijalankan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) di 22 tapak binaan di seluruh negara semalam mendapati hanya satu tapak binaan yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan diberi amaran.

Mengenai barang keperluan asas, Ismail Sabri berkata secara keseluruhan bekalan barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara yang berterusan dan mudah diperoleh.

“Pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna juga telah melakukan 1,416 pemeriksaan khas pematuhan SOP PKPP dan mendapati 1,399 premis mematuhi SOP yang ditetapkan manakala 17 premis diberi nasihat kerana tidak patuh SOP,” katanya.

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Top Glove told to screen over 2,000 workers living outside EMCO area

Minister Ismail Sabri Yaakob says this is to prevent the spread of the pandemic in community areas.

Govt mulls screening foreign workers every 2 weeks

Senior Minister for Security Ismail Sabri Yaakob says for now, the priority will be screening foreign workers in CMCO states.

Kementerian pertahanan cadang ‘hidupkan semula’ PLKN

PLKN terbukti beri kesan baik kepada pembentukan patriotisme remaja yang menyertai program berkenaan.

KDN fokus 5 strategi utama banteras pendatang asing tanpa izin

Pelan strategik penguatkuasaan Pati lebih komprehensif libatkan kerjasama agensi kerajaan, PBT, JPKKP.

No need to scan MySejahtera app when filling up fuel

Ismail Sabri Yaakob says this is only necessary for customers who enter the store section of petrol stations or who use the surau or toilet.