Sunday, February 28, 2021

Pindaan Akta Pengangkutan Jalan bolehkan tindakan keras diambil

Other News

‘Jangan hipokrit, lidah bercabang’, kata Pemuda Amanah selepas PKR ‘curi’ 3 wakil rakyat

Sebagai rakan gabungan PH, menerima penyertaan wakil-wakil rakyat ini hanya akan mengeruhkan hubungan antara parti, kata Shazni.

Belajar sejarah di luar buku teks

Kalau dulu kita hanya ada maklumat dari buku teks, tetapi kini apa saja maklumat boleh diperolehi melalui alam maya.

’Sindir badan’ lebih dahsyat dengan media sosial

Media sosial kini menjadi medium paling mudah untuk seseorang meluahkan perasaan sehingga mengenepikan nilai kemanusiaan, kesopanan dan kesusilaan.

Contemptuous expressions and freedom of speech

Any business which maintains internet discussion forums should be aware of and guard against the risks of liability for comments by third parties.

Online shift makes body shaming easier than ever

A psychologist warns of the negative effects of such acts while a lawyer says legal action can be taken as it is considered a criminal offence.

Tindakan kerajaan meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bertujuan membolehkan tindakan tegas dikenakan terhadap pemandu mabuk, dan bukannya untuk mencabul hak individu mengambil minuman alkohol.

Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong berkata pindaan itu bertujuan menjaga keselamatan pengguna jalan raya, dan ia bukanlah perkara asing kerana tindakan itu turut menjadi amalan di negara-negara lain.

“Kita bukan hendak cabul hak orang lain, kalau dia hendak minum, boleh iaitu selain Muslim, tetapi kalau dah minum kita beri amaran jangan bawa kenderaan,” katanya semasa menjawab soalan Raj Munni Sabu yang ingin tahu sama ada kerajaan bersedia meneruskan inisiatif untuk meminda undang-undang berkaitan pemandu mabuk, pada sesi soal jawab persidangan Dewan Negara hari ini.

Wee berkata dalam tempoh lima tahun lepas, 47 kematian dicatatkan disebabkan kecuaian pemandu mabuk berbanding 6,000 hingga 7,000 kematian setiap tahun akibat kemalangan jalan raya di negara ini.

Beliau menegaskan walaupun jumlah kematian pengguna jalan raya disebabkan pemandu mabuk itu rendah, ia meninggalkan kesan mendalam kepada masyarakat dan keadaan itu memerlukan komitmen kerajaan untuk bertindak proaktif bagi mengatasi masalah berkenaan.

“Ia memerlukan kerajaan untuk mengambil tindakan tuntas. Bukan sahaja menerusi penguatkuasaan tetapi juga pendidikan melalui advokasi. Perkara ini penting untuk memahamkan rakyat kenapa kerajaan perlu mengambil tindakan tegas,” katanya.

Wee berkata secara spesifik, Seksyen 41 dan Seksyen 45 akta itu merupakan komitmen kerajaan untuk memastikan tindakan tegas dikenakan bukan sahaja kepada pemanduan di bawah pengaruh alkohol, tetapi juga dadah atau memandu secara melulu termasuk merempit.

Beliau berkata Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 dijadual untuk dibentang, dibahas di Dewan Negara pada pertengahan bulan ini dan beliau berharap ia akan diluluskan oleh semua Ahli Dewan Negara.

Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 diluluskan Dewan Rakyat pada 26 Ogos lepas.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Darurat bukan sampai ‘kiamat’, kata ahli Dewan Negara

Semalam buat pertama kalinya jangkitan harian Covid-19 melepasi angka 4,000 yang merupakan tertinggi setakat ini.

Syarikat palsukan logo halal didakwa esok

Tindakan itu sekali gus menafikan dakwaan sebelum ini bahawa kerajaan cuba melindungi pihak dan syarikat yang terlibat.

Kerajaan kutip lebih RM400 juta cukai perkhidmatan digital

Cukai perkhidmatan digital dikuatkuasakan awal tahun ini.

Harga vaksin Covid-19 Malaysia lebih murah daripada Belgium

Harga vaksin bagi seorang rakyat Malaysia ialah RM77.35 berbanding Belgium RM82.40.

Dewan Negara lulus Belanjawan 2021

Rang undang-undang itu diluluskan sebulat suara selepas bacaan kali ketiga.