- Iklan -
Berita

Parti Syed Saddiq akan gagal, kata Dr Mahathir

Dr Mahathir Mohamad mengatakan parti belia yang bakal ditubuhkan bekas menteri Kabinetnya, Syed Saddiq Abdul Rahman tidak akan berjaya. Bekas perdana menteri itu berkata, parti itu sukar untuk mendapatkan undi daripada generasi lebih tua, mengatakan akhirnya partinya Pejuang akan menjadi “king maker” dalam pilihan raya. “Saya tidak tahu mengapa beliau mahu tubuhkan parti. Saya tidak rasa ia […]

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad Gambar: Facebook
Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad Gambar: Facebook

Dr Mahathir Mohamad mengatakan parti belia yang bakal ditubuhkan bekas menteri Kabinetnya, Syed Saddiq Abdul Rahman tidak akan berjaya.

Bekas perdana menteri itu berkata, parti itu sukar untuk mendapatkan undi daripada generasi lebih tua, mengatakan akhirnya partinya Pejuang akan menjadi “king maker” dalam pilihan raya.

“Saya tidak tahu mengapa beliau mahu tubuhkan parti. Saya tidak rasa ia akan berjaya. Undi belia sahaja tak cukup untuk menang.

“Dalam setiap kawasan pasti ada orang tua, namun ini negara bebas, kalau beliau rasa perlu. Kita tiada masalah selagi mereka juga mahu banteras rasuah,” katanya pada sidang media di Putrajaya pagi ini.

Dr Mahathir berkata, Pejuang tidak terikat dengan mana-mana parti dan akan memilih dengan siapa mereka mahu bekerjasama.

“Dalam pilihan raya, kita mahu dapatkan 30 kerusi dan kita dalam kedudukan untuk memilih parti mana yang boleh kita jalin kerjasama.”

“Sekiranya parti lain boleh terima syarat kita, maka kita boleh bekerjasama,” kata Dr Mahathir.

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, Pejuang tidak merasakan mana-mana antara dua gabungan itu akan menang.