Saturday, November 28, 2020

Mahkamah Tinggi: Persidangan sehari parlimen akibat Covid-19 sah

Other News

1,315 kes baru Covid-19, 1,110 pulih, 4 lagi kematian dilaporkan

Sebanyak 11,508 kes aktif direkodkan.

1,315 new cases, 476 in Sabah

Four more deaths take virus toll to 354.

Peruntukan “durian runtuh” Jasa dicantas separuh selepas nama, imej ditukar

Pengumuman pengurangan itu dijangka diumumkan ketika ucapan penggulungan peringkat jawatankuasa minggu depan.

With new name and image, Jasa’s ‘windfall’ budget to be halved

The RM85.5 million allocation, which came under criticism following its announcement on Nov 6, could be cut down by RM40 million, sources say.

Pengusaha tadika terjejas ‘terkapai-kapai’ tanpa bantuan

Pengusaha luah kekesalan kerana tidak diberikan bantuan kerajaan walaupun terjejas teruk sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan persidangan Parlimen selama sehari pada 18 Mei lalu sah dan mengikut undang-undang walaupun ia bukan normal dan tidak pernah berlaku sebelumnya, demi mengelak penularan wabak Covid-19.

Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid membuat keputusan itu setelah menolak saman pemula yang dikemukan peguam, R. Kengadharan dan seorang aktivis sosial, D. Arumugam terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan bekas Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof bagi mengisytiharan persidangan sehari Parlimen itu tidak mengikut Perlembagaan.

“Saya akui bahawa persidangan itu luar biasa dan belum pernah terjadi sebelum ini, tetapi pada pandangan saya, ia bukan sesuatu yang salah, malah ia sah di sisi undang-undang,” katanya.

Ahmad Kamal berkata dua pucuk surat dari ketua pemimpin Dewan iaitu perdana menteri, (Muhyiddin Yassin) bertarikh 17 April dan 12 Mei yang telah menetapkan 18 Mei untuk berlangsungnya persidangan sehari Parlimen bagi mendengar titah Yang di-Pertuan Agong (YDPA) mengenai bahaya wabak Covid-19, adalah patut dan munasabah.

Hakim berkata keputusan kerajaan untuk mengadakan sidang sehari Parlimen munasabah dan sah memandangkan kerajaan mempunyai kuasa dan berhak melindungi nyawa Ahli Parlimen daripada risiko wabak Covid-19, mengelak wujudnya kluster baharu dan penyebaran virus Covid-19.

Pada 15 Mei, Kengadharan dan Arumugam memfailkan saman tersebut dengan menamakan Muhyiddin dan Mohamad Ariff sebagai defendan pertama dan kedua masing-masing antara lain memohon satu deklarasi bahawa sidang Parlimen pada 18 Mei itu adalah batal dan tidak sah kerana ia hanya mendengar titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, oleh itu bercanggah dengan Perkara 55 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Mereka mendakwa sidang itu sekadar wayang kerana tidak terdapat acara penting lain yang berlangsung seperti dinyatakan di bawah Peraturan Mesyuarat 14 Dewan Rakyat.

Sementara itu, Setiausaha Dewan Rakyat Nizam Mydin Bacha Mydin, dalam afidavit yang difailkan bagi pihak Muhyiddin dan Mohamad Ariff, berkata sidang Parlimen pada 18 Mei adalah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.

Menurut Nizam Mydin, permohonan kedua-dua plaintif tidak mempunyai merit kerana kesahihan mana-mana prosiding tidak boleh dicabar dalam mana-mana mahkamah seperti yang termaktub di bawah Perkara 63 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Pada 13 Mei, Mohamad Ariff dalam satu kenyataan menyebut bahawa beliau telah menerima surat pemberitahuan yang ditandatangani Perdana Menteri sebagai Ketua Majlis menyatakan kerajaan memutuskan agenda bagi Mesyuarat Pertama Sesi Ketiga Parlimen ke-14, yang akan berlangsung selama sehari, dipinda untuk memberi fokus hanya kepada Titah Ucapan Diraja.

Beliau berkata ini berikutan pandemik Covid-19 dalam negara belum berakhir sepenuhnya.

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

1,315 new cases, 476 in Sabah

Four more deaths take virus toll to 354.

Belanjawan 2021 sudah tak boleh ditolak, PH gadai sokongan rakyat, kata Dr Mahathir

Bekas perdana menteri itu berkata, PH yang dipimpin Anwar Ibrahim sanggup berkompromi, menolak prinsip dan menggadaikan sokongan rakyat untuk kepentingan sendiri.

New cases back to 4 digits at 1,109

However, recoveries outnumber new cases at 1,148.

Germany’s Covid-19 infections pass 1 million

The number of Covid-19 patients in intensive care nationwide has soared from just over 360 in early October to more than 3,500 last week.

935 new cases, recoveries surge to 2,555

Sabah accounts for 35% of new cases and Selangor 17%.