- Iklan -
Berita

Kerajaan cadang bentang Akta 505 November depan

Kerajaan bercadang membentangkan pindaan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505) pada sesi Parlimen, November ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Beliau berkata antara pindaan Akta 505 itu melibatkan tadbir urus agensi agama di Wilayah Persekutuan, memperkukuh tadbir urus Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, isu berkaitan mahkamah syariah, isu berkaitan tadbir […]

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dr Zulkifli Mohamad AI-Bakri hadir pada sesi pertemuan bersama Ahli-Ahli Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Sepang semalam. Gambar: Bernama
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dr Zulkifli Mohamad AI-Bakri hadir pada sesi pertemuan bersama Ahli-Ahli Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Sepang semalam. Gambar: Bernama

Kerajaan bercadang membentangkan pindaan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505) pada sesi Parlimen, November ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Beliau berkata antara pindaan Akta 505 itu melibatkan tadbir urus agensi agama di Wilayah Persekutuan, memperkukuh tadbir urus Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, isu berkaitan mahkamah syariah, isu berkaitan tadbir urus pejabat mufti Wilayah Persekutuan termasuk kaedah pengeluaran fatwa.

“Ia (Akta 505) akan ditambah baik dari pelbagai segi dan ia akan diperhalusi,” katanya kepada media selepas majlis penyerahan surat pelantikan kepada 10 Ahli Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Syarak dan Sivil bagi tempoh tiga tahun yang berkuat kuasa dari 16 Ogos lepas hingga 15 Ogos 2023, di Putrajaya semalam.

Bekas Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Sheikh Ghazali Abdul Rahman dilantik sebagai pengerusi ahli jawatankuasa tersebut.

Zulkifli berkata ahli jawatankuasa yang baru dilantik itu akan membincangkan dengan lebih mendalam berkenaan pindaan di bawah Akta 505 dalam mesyuarat yang berlangsung selama lima hari, bermula semalam sebelum dibentangkan di Parlimen.

Dalam ucapannya, Zulkifli berkata selain Akta 505, mesyuarat jawatankuasa teknikal kali ini akan turut membincangkan cadangan penggubalan Rang Undang-Undang Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan).

“Walaupun terdapat 10 negeri lain yang telah menggubal undang-undang yang sama bagi negeri masing-masing, namun terdapat halangan dari segi penguatkuasaan undang-undang tersebut,” katanya.