- Iklan -
Berita

Dr Mahathir dakwa BN rasuah pengundi Slim River

Dr Mahathir Mohamad mendakwa Barisan Nasional (BN) merasuah pengundi semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim River baru-baru ini. Bekas perdana menteri itu berkata, beliau sendiri melihat gambar rasuah itu diberikan. “Kita tahu banyak mana duit yang digunakan. Kita tahu mereka bawa pengundi menaiki van, di dalam van berkenaan itu diberikan duit. “Kita […]

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Ini bukanlah kali pertama Anwar mengeluarkan kenyataan seperti ini, kata Dr Mahathir.
Ini bukanlah kali pertama Anwar mengeluarkan kenyataan seperti ini, kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir Mohamad mendakwa Barisan Nasional (BN) merasuah pengundi semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim River baru-baru ini.

Bekas perdana menteri itu berkata, beliau sendiri melihat gambar rasuah itu diberikan.

“Kita tahu banyak mana duit yang digunakan. Kita tahu mereka bawa pengundi menaiki van, di dalam van berkenaan itu diberikan duit.

“Kita tahu, mereka ambil gambar dan selepas undian dibuat, mereka tunjukkan jari bahawa sudah mengundi dan tunjukkan kepada orang BN, wang selebihnya akan diberikan.

“Inilah yang diberitahu kepada kami. Ada gambar,” katanya pada sidang media di Putrajaya pagi ini.

Beliau mendakwa rasuah sekitar RM50 sehingga RM100 diberikan kepada seorang pengundi yang memilih calon BN.

Pada PRK akhir Ogos lalu, calon BN Mohd Zaidi Aziz berjaya mengekalkan kerusi DUN Slim River selepas mendapat 13,060 undi menewaskan dua orang calon bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi (2,115 undi) dan Santhara Sekaran Subramaniam yang memperolehi 276 undi.

Amir merupakan calon yang dihantar parti Dr Mahathir yang mash velum berdaftar, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang dipimpin Dr Mahathir.