Saturday, November 28, 2020

8 cap jari berjaya ditimbulkan di rumah penginapan Nora Anne

Other News

1,315 kes baru Covid-19, 1,110 pulih, 4 lagi kematian dilaporkan

Sebanyak 11,508 kes aktif direkodkan.

1,315 new cases, 476 in Sabah

Four more deaths take virus toll to 354.

Peruntukan “durian runtuh” Jasa dicantas separuh selepas nama, imej ditukar

Pengumuman pengurangan itu dijangka diumumkan ketika ucapan penggulungan peringkat jawatankuasa minggu depan.

With new name and image, Jasa’s ‘windfall’ budget to be halved

The RM85.5 million allocation, which came under criticism following its announcement on Nov 6, could be cut down by RM40 million, sources say.

Pengusaha tadika terjejas ‘terkapai-kapai’ tanpa bantuan

Pengusaha luah kekesalan kerana tidak diberikan bantuan kerajaan walaupun terjejas teruk sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Mahkamah Koroner Seremban hari ini diberitahu 8 kesan cap jari berjaya ditimbulkan unit Foto dan Cap Jari, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai dari sebelah tepi tingkap di bahagian bawah villa penginapan Nora Anne Quoirin pada malam kehilangannya, 4 Ogos 2019.

ACP Wan Rukman Wan Hassan, 55, yang kini bertugas sebagai Pegawai Perancangan Strategik, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman berkata susulan itu 20 sampel cap jari diambil daripada ahli keluarga pengurus The Dusun Resort Haanim Ahmed Bamadhaj, pekerja dan bekas pekerja resort itu serta ahli keluarga remaja perempuan warga Ireland-Perancis itu, untuk dibuat perbandingan.

Wan Rukman, saksi ke-11 prosiding inkues mencari punca kematian remaja itu berkata sampel yang diambil termasuk kesan cap jari yang berjaya ditimbulkan dihantar ke Bukit Aman untuk dianalisis dan dipadankan.

“Hasilnya, 4 daripada (8 kesan cap jari) tidak cukup sifat dan tidak boleh dibuat perbandingan (manakala) 4 cukup sifat dan satu daripada sampel cap jari dari tingkap bersepadanan dengan milik ibu kepada orang hilang,” katanya ketika memberi keterangan pada prosiding di hadapan Koroner Maimoonah Aid yang masuk hari ke-7 hari ini.

Wan Rukman yang ketika kejadian merupakan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, berkata keputusan berkaitan kesan cap jari dimaklumkan kepadanya 2 hari selepas Nora Anne dilapor hilang pada 4 Ogos 2019 daripada villa penginapannya di Sora House, The Dusun Resort, Pantai.

Ditanya peguam kepada keluarga Nora Anne, S.Sakthyvel mengenai maksud tidak cukup sifat, Wan Rukman berkata: “Hanya pakar yang boleh tentukan. Tugas pegawai penyiasat dan bahagian cap jari dan foto, dia akan mengambil apa saja kesan cap jari yang muncul, kita hantar ke Bukit Aman. Untuk terangkan empat kesan cap jari tak cukup sifat, saya tak boleh terangkan.”

Sakthyvel: Boleh tuan sahkan daripada lapan kesan cap jari yang ditimbulkan, ada tak dari orang hilang?

Wan Rukman: Saya dimaklumkan, kita ada ambil sampel cap jari orang hilang dan telah pun diperolehi tapi ia tak dapat buat perbandingan.

Sakthyvel: Kenapa?

Wan Rukman: tidak lengkap sampel orang hilang… tetapi pada waktu itu kita ambil untuk rekod sampel yang diperolehi.

Wan Rukman turut menegaskan pihaknya telah berusaha sedaya upaya dan turut berurusan dengan Polis Antarabangsa (Interpol) dari negara asal remaja berkenaan untuk mendapatkan cap jari gadis itu.

Menjawab soalan Sakthyvel sama ada sampel cap jari Nora Anne diambil semasa mayatnya ditemui pada 13 Ogos 2019, saksi berkata: “Ada diambil untuk perbandingan tetapi tidak berhasil. Sampel cap jari pada orang hilang itu diambil tapi mengecut.”

Pada prosiding itu, mahkamah turut diberitahu 8 lagi cap jari lain ditemui di tingkap bahagian atas, yang merupakan lokasi remaja berkenaan tidur pada 6 Ogos, namun hasilnya negatif.

Wan Rukman turut memaklumkan bahagian forensik turut menemukan darah menerusi pengesanan menggunakan bahan kimia Luminol, di bilik air villa itu.

“Sekiranya ada berlaku pergelutan, kecederaan walaupun kesan dibersihkan, saya diberitahu dengan menggunakan kimia ini, ia mampu ditimbulkan balik,” katanya menjawab soalan Alliff Benjamin Suhaimi, peguam mewakili The Dusun Resort.

Nora Anne, 15, hilang pada 4 Ogos tahun lepas, sehari selepas dia dan keluarga tiba di Malaysia untuk bercuti selama dua minggu di sebuah pusat peranginan Pantai di sini, kira-kira 60km di selatan ibu negara, dan pada 13 Ogos, mayat gadis itu ditemukan, kira-kira 2.5km dari resort penginapan itu.

Laporan awal bedah siasat menyatakan kematian remaja yang juga golongan istimewa itu tidak mempunyai unsur jenayah dan disahkan mati akibat kebocoran usus yang berpunca daripada tidak makan untuk tempoh lama dan tekanan berpanjangan.

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Nora Anne’s dad heard noises before she disappeared, inquest told

Sebastien Quoirin says he 'heard some muffled noise coming from the chalet' late at night on the day the family arrived.

Nora Anne’s mum criticises police at inquest

Meabh Quoirin says she became worried the police were not taking the family's concerns about criminal involvement in the case seriously.

K9 tracker dogs picked up Nora Anne’s scent, inquest hears

The dogs picked up the teenager's scent near her villa and on a mineral bottle the day after she went missing.

Anjing Bomba kesan bau Nora Anne

Fadzil berkata usaha mengesan Nora Anne diteruskan pada keesokannya dengan tertumpu di lokasi jeram berbatu dan kedua-dua anjing masih memberikan reaksi sama serta tidak mahu ke mana-mana.

29 premises inspected, cop tells Nora Anne inquest

This includes private villas and premises.