Sunday, February 28, 2021

Tiada dadah, racun perosak ditemui daripada mayat Nora Anne

Other News

Stop the hypocrisy, Amanah tells PKR as rift widens over PH intra-hopping

This comes as Amanah loses five of its assemblymen in Selangor and Johor.

Amanah Bukit Bintang gesa kaji semula hubungan dengan PKR, kedudukan dalam PH

Mereka berkata, sudah tiada kesepakatan dalam gabungan yang dibentuk.

‘Jangan hipokrit, lidah bercabang’, kata Pemuda Amanah selepas PKR ‘curi’ 3 wakil rakyat

Sebagai rakan gabungan PH, menerima penyertaan wakil-wakil rakyat ini hanya akan mengeruhkan hubungan antara parti, kata Shazni.

Belajar sejarah di luar buku teks

Kalau dulu kita hanya ada maklumat dari buku teks, tetapi kini apa saja maklumat boleh diperolehi melalui alam maya.

’Sindir badan’ lebih dahsyat dengan media sosial

Media sosial kini menjadi medium paling mudah untuk seseorang meluahkan perasaan sehingga mengenepikan nilai kemanusiaan, kesopanan dan kesusilaan.
Seorang ahli kimia memberitahu Mahkamah Koroner di Seremban hari ini analisis dadah yang dijalankan terhadap tiga spesimen diperoleh daripada mayat remaja Perancis-Ireland Nora Anne Quoirin termasuk spesimen hatinya pada 19 Ogos tahun lepas, tidak menemukan sebarang dadah biasa.
Suhana Ismail, 52, bertugas di Bahagian Toksikologi, Pusat Analisis Sains Forensik, Jabatan Kimia Malaysia, yang turut menjalankan analisis pestisid organofosfat dan pestisid organoklorin terhadap ketiga-tiga spesimen berkenaan pada tarikh sama, juga tidak menemukan sebarang kehadiran racun makhluk perosak.
“Selain menjalankan analisis terhadap spesimen hati yang berlabel ‘Nora Anne Quoirin’, saya menjalankan analisis terhadap dua lagi spesimen berlabel ‘Nora Anne Quoirin’ iaitu peritonel fluid iaitu cecair yang diperoleh di dalam perut dan spesimen psoas muscle yang terdapat di bahagian pinggul atau punggung.
“Pestisid prganofosfat dan pestisid organoklorin pula merupakan sejenis racun makhluk perosak yang biasa digunakan dalam industri pertanian,” katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Nur’Atiqah Sapari yang bertindak selaku pegawai pengendali dalam prosiding inkues bagi mencari punca kematian Nora Anne.
Saksi ketujuh itu yang berkhidmat di bahagian toksikologi sejak 15 Mei 2015 berkata ketiga-tiga spesimen bermeterai ‘beg spesimen Institut Perubatan Forensik Negara, Hospital Tuanku Jaafar Seremban’ diperoleh daripada pegawai penyiasat Inspektor Mohd Nor Nikman Ahammed bagi membolehkan pihaknya menjalankan dua analisis untuk mengesan kehadiran dadah dan racun makhluk perosak.
Kepada soalan Koroner Maimoonah Aid mengapa beliau hanya menjalankan analisis berkenaan dadah dan racun makhluk perosak, Suhana berkata ini kerana bahagian toksikologi hanya menjalankan analisis berhubung dua perkara itu.
Maimoonah: Kamu memberitahu hasil analisis negatif dadah biasa atau common drugs, apa maksud common drugs?
Suhana: Ia merangkumi dadah-dadah yang boleh diperoleh over the counter seperti ubat jenis paracetamol yang precribed oleh doktor atau dadah yang diambil oleh orang ramai secara salah seperti ecstacy dan kanabis.
Maimoonah: Berapa lama bagi seseorang yang konsisten mengambil ubat (mengandungi dadah) dan seorang lagi yang mengambil ubat secara on and off untuk untuk dadah itu kekal di dalam badannya.
Suhana: Bergantung kepada kadar metabolisme badan seseorang individu itu dan jangka hayat dadah tersebut boleh bertahan di dalam badan seseorang.
Seorang lagi saksi ahli kimia, Saiful Fazamil Mohd Ali, 45, memberitahu prosiding inkues bahawa analisis yang dijalankan terhadap dua sampel pasir yang diambil dari bawah mayat Nora Anne dan yang diambil dari kawasan berhampiran mayat, mendapati kedua-dua sampel pasir tersebut berkemungkinan berasal dari sumber yang sama.
“Saya membuat analisis dengan melihat ciri-ciri fizikal pada pasir dengan membandingkan kedua-dua sampel pasir tersebut. Saya berpendapat pasir-pasir tersebut berkemungkinan berasal dari sumber yang sama kerana kedua-dua sampel itu mempunyai taburan ketumpatan yang serupa antara satu sama lain,” katanya.
Ditanya Koroner Maimoonah mengapa beliau menyatakan ‘berkemungkinan’, saksi kelapan itu menjelaskan pihaknya tidak mempunyai data mengenai ketumpatan tanah di seluruh Malaysia dan analisis hanya dijalankan berdasarkan dua sampel pasir itu yang diterima daripada pihak polis pada 16 Ogos 2019.
Nora Anne, 15, hilang pada 4 Ogos 2019, sehari selepas dia dan keluarga tiba di Malaysia untuk bercuti selama dua minggu di sebuah pusat peranginan di Pantai di sini, kira-kira 60 kilometer di selatan ibu negara.
Mayat Nora Anne ditemukan sembilan hari kemudian pada 13 Ogos, berhampiran anak sungai di kawasan berlurah, kira-kira 2.5 kilometer dari resort penginapannya susulan pencarian besar-besaran yang dilakukan pihak berkuasa.
Laporan awal bedah siasat menyatakan kematian remaja istimewa itu tidak mempunyai unsur jenayah dan remaja itu disahkan mati akibat kebocoran usus yang berpunca daripada tidak makan untuk tempoh lama dan tekanan yang berpanjangan.
Prosiding inkues bersambung petang ini.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Perbicaraan kes rasuah RM6.35 juta bekas SU politik Mat Sabu pada 15 Mac

Azhar berdepan dengan lima pertuduhan menerima dan meminta suapan berjumlah RM6.35 juta daripada sebuah syarikat kontraktor.

Bicara kes pengubahan wang haram Rosmah bermula November

Peguam Geethan Ram Vincent yang mewakili Rosmah turut mengesahkan tarikh perbicaraan berkenaan.

Jabatan Peguam Negara bantah permohonan NGO cabar kerajaan hantar pulang pelarian Myanmar

Dua badan bukan kerajaan (NGO) mencabar keputusan kerajaan Malaysia untuk menghantar pulang 1,200 pelarian warganegara Myanmar ke negara asal.

Saksi nafi gelaran Datuk yang diterima berkait kes 1MDB

Nor Salwani Muhammad, 54,  memberitahu pingat yang diterimanya pada 1 Februari 2020 adalah kerana beliau telah berkhidmat selama 30 tahun di kementerian wilayah persekutuan.

Mahkamah tolak permohonan lucut hak wang milik Umno Johor

Pihak pendakwaan hari ini gagal dalam permohonan mereka untuk melucut hak wang berjumlah RM677,872.55.