Tuesday, October 26, 2021

Sidang Dewan Negara hari ini dijangka hangat dengan lantikan speaker

Other News

Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 Dewan Negara akan bersidang hari ini hingga 23 Sept depan dengan hari pertama tertumpu kepada pelantikan Yang Dipertua Dewan Negara ke-18.

Pelantikan itu bagi menggantikan S.A.Vigneswaran yang tamat perkhidmatan pada 22 Jun lalu dan sekiranya terdapat lebih satu nama dikemukakan, pemilihan akan diadakan.

Upacara yang berlangsung di Dewan Negara, Blok Utama Parlimen itu akan disusuli dengan Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu mengangkat sumpah jawatan.

Turut dijadualkan berlangsung hari ini adalah majlis angkat sumpah empat Ahli Dewan Negara baru iaitu Mohamad Apandi Mohamad, lantikan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, S. Vell Paari (lantikan Yang di-Pertuan Agong), serta Ahmad Yahaya dan Othman Aziz (lantikan DUN Kedah).

Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang masih berkuat kuasa, persidangan kali ini juga akan diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Persidangan juga akan membahaskan 10 Rang Undang-Undang (RUU) yang diluluskan Dewan Rakyat sebelum ini.

Ia termasuk tiga rang undang-undang berkaitan pandemik COVID-19, iaitu Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020; Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020 dan Rang Undang-Undang Insolvensi (Pindaan) 2020.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles