Wednesday, March 3, 2021

Polis gesa PBT senarai hitam pemegang lesen salah guna judi haram

Other News

Churchill mosque painting sold by Angelina Jolie smashes record

The painting of a Marrakech mosque at sunset is a piece of both political and Hollywood history.

Over half of Malaysians struggling to meet expenses with current income, survey shows

A similar number say they are dipping into their savings to make ends meet.

1,555 kes baru Covid-19 dikesan hari ini

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 25,542.

Hospital swasta sedia peroleh vaksin dari sumber lain

Hospital swasta boleh digerakkan untuk melengkapkan usaha kerajaan dalam memastikan majoriti penduduk mendapat vaksin.

New cases inch lower to 1,555

2,528 recoveries, six more deaths.

Polis Johor meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) menyenaraihitamkan mana-mana pemegang lesen perniagaan yang menyalahguna lesen berkenaan bagi melindungi aktiviti perjudian di premis mereka.

Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay berkata ini bagi memastikan mereka tidak mengulangi perbuatan itu di masa akan datang, kerana siasatan mendapati ada premis berkenaan yang terus menjalankan aktiviti sama walaupun sudah beberapa kali diserbu.

Menurutnya operasi bersepadu pemotongan bekalan elektrik bersama Tenaga Nasional Bhd (TNB) hari ini menyaksikan empat premis dipotong bekalan elektriknya selepas ada antara premis itu didapati menjalankan aktiviti perjudian dengan berselindung di sebalik perniagaan kedai serbaneka, kedai kopi, kedai buku dan kedai menjual alatan komunikasi.

“….pemilik perniagaan ini … kita akan serahkan kepada PBT. Kita akan pastikan mereka ini disenarai hitam (agar) pada permohonan akan datang, dia tidak dibenarkan untuk menjalankan perniagaan. Ada premis-premis yang kita potong bekalan hari ini dah tiga empat kali kita serbu, didapati menjalankan aktiviti perjudian, tetap masih mengulanginya.

“Jadi, kita harap dengan tindakan memotong bekalan elektrik ini akan memberi satu mesej yang keras kepada sindiket perjudian ini,” kata beliau kepada pemberita ketika ditemui selepas operasi pemotongan bekalan elektrik bersama TNB di sekitar Taman Daya di Johor Bahru hari ini.

Beliau berkata dalam tempoh dua bulan lepas, polis Johor mengadakan 695 serbuan dan menangkap 1,018 individu berkaitan dengan pelbagai aktiviti perjudian haram.

 

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Amir Hamzah dilantik sebagai CEO baru KWSP

KWSP berkata, pelantikan ini berkuat kuasa pada 1 Mac, 2021.

Malaysia terima vaksin Pfizer seminggu lebih awal, kata menteri kesihatan

Adham berkata vaksin itu akan diterima secara berfasa iaitu 148,000 dos pada fasa pertama.

Polis rampas dadah bernilai RM201 juta di Johor

Ia merupakan rampasan dadah terbesar menerusi serbuan di tiga stor penyimpanan di sekitar bandar di Johor.

Lebih 300 pencawang elektrik ditutup di Pahang

Bagaimanapun, daripada jumlah itu 196 pencawang elektrik telah kembali dibuka.

Tarif elektrik kekal 6 bulan lagi, kata menteri

Rebat 2 sen per kilowatt seperti sebelum ini akan dinikmati bagi semua pengguna bermula 1 Januari hingga 30 Jun 2021.