- Iklan -
Berita

Kluster baru dikesan babitkan anak kapal di Port Dickson

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenalpasti satu kluster baru terpencil yang melibatkan kakitangan yang bertugas dalam sebuah kapal di Pelabuhan Port Dickson, Negeri Sembilan. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kapal terbabit mempunyai sejarah perjalanan dari Pelabuhan Singapura. Katanya, 34 orang krew kapal yang bertugas dalam kapal itu disaring pada 28 Ogos lalu bagi […]

Staff Writers
2 minit bacaan
Kongsi
The overall rate of children contracting Covid-19 in the US is 631 cases per 100,000 children.
The overall rate of children contracting Covid-19 in the US is 631 cases per 100,000 children.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenalpasti satu kluster baru terpencil yang melibatkan kakitangan yang bertugas dalam sebuah kapal di Pelabuhan Port Dickson, Negeri Sembilan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kapal terbabit mempunyai sejarah perjalanan dari Pelabuhan Singapura.

Katanya, 34 orang krew kapal yang bertugas dalam kapal itu disaring pada 28 Ogos lalu bagi tujuan “sign-in” dan “sign-off” kapal dan 4 daripadanya dikesan positif Covid-19 manakala 6 individu negatif virus sementara 24 lagi individu sedang menanti keputusan saringan.

“Kes positif Covid-19 kluster (Bunga) ini melibatkan 2 orang warganegara Malaysia dan 2 bukan bukan warganegara yang mana keempat-empat kes positif ini tidak bergejala dan pada awalnya dikuarantin di sebuah hotel di Selangor.

“Setelah dikesan positif, mereka dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh, Selangor dan tidak membawa risiko penularan jangkitan di dalam komuniti kerana ia merupakan kluster import yang terpencil di sebuah kapal.

“Langkah pencegahan dan kawalan jangkitan seperti proses nyah kuman dan proses nyah cemar telah dijalankan di kapal tersebut sementara punca jangkitan masih disiasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Dr. Noor Hisham memberitahu, terdapat pertambahan satu kes baru dilaporkan bagi Kluster Tawar di Kedah menjadikan jumlah kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster itu 74 kes.

Katanya, sehingga 12 tengahari, 16,462 orang disaring dalam kluster Tawar itu dan di Kedah sahaja 15,917 individu disaring.

“Hasilnya 63 daripadanya dikesan positif Covid-19 manakala 12,597 individu pula negatif sementara 3,257 lagi individu masih menunggu keputusan ujian saringan.

“Di Pulau Pinang 534 disaring bagi kluster Tawar yang mana 11 kes dikesan positif dan 523 individu lagi dikesan negatif.

“Perak terus kekal dengan 11 ujian saringan yang mana kesemuanya menunjukkan keputusan negatif dan tiada saringan baharu dilaksanakan,” katanya.

Dr. Noor Hisham berkata, bagi Kluster Telaga pula satu kes baru (kes ke-9340) dilaporkan di Kedah.

“2 kes positif itu membabitkan kakitangan hospital (kes ke-9284 iaitu kes indeks dan kes ke-9334) namun hasil siasatan lanjut mendapati terdapat 2 lagi kes positif Covid-19 yang  dilaporkan sebelum ini (kes ke-9306 dan kes ke-9291) didapati juga merupakan kontak rapat kepada kes indeks.

“Ini menjadikan jumlah kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini 5 kes. Sehingga 12 tengahari ini, seramai 735 orang disaring dalam kluster ini dan 5 kes dikesan positif Covid-19 dan 730 individu negatif,” katanya.